Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR RASMI PROGRAM PENDIDIKAN & PEMERKASAAN KOMUNITI STRATA TAHUN 2023

12 September 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Program Pendidikan dan Pemerkasaan Komuniti Strata Tahun 2023 anjuran MBI di Dewan Taman Cempaka pagi tadi.

Ia telah dihadiri oleh SR. Nageswaran Muniandy, Penceramah dari Malaysian Institute of Property and Facility Managers, Encik Kuan You Wai, Penceramah dari PKN Building Solutions Sdn Bhd, Wakil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak, Ahli-Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan MBI, Ketua Jabatan / Unit MBI dan peserta dari Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC) / Komuniti Strata / Pemaju dan Ejen Pengurusan.

Pembangunan Strata dilihat sebagai pilihan utama pembangunan pada masa kini dan yang akan datang. Terutamanya di kawasan bandar besar yang memerlukan pertambahan pemajuan perumahan yang melibatkan bangunan bertingkat.

Untuk makluman, dalam kawasan seliaan Majlis Bandaraya Ipoh terdapat 214 kawasan pemajuan dengan 27,137 petak yang terdiri daripada 153 kawasan Perbadanan Pengurusan (MC), 28 kawasan Badan Pengurusan Bersama (JMB), 30 kawasan yang masih bawah kawalan pemaju dan 3 kawasan bersama badan lain-lain.

Hal ini telah menyebabkan pertambahan pelbagai isu-isu berkaitan pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan persekitaran komuniti berstrata.

Pihak pengurusan skim strata perlu mengetahui akan tanggungjawab serta kuasa mereka berdasarkan Akta Pengurusan Strata (Akta 757). Di mana merujuk kepada seksyen 21 bagi Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan seksyen 59 bagi Perbadanan Pengurusan (MC) telah menerangkan dengan jelas kewajipan dan kuasa bagi pihak pengurusan pembangunan berstarta.

Selain itu, pengetahuan mengenai pengendalian masalah kebocoran antara tingkat di bangunan strata adalah penting. Di mana Bahagian 15, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015 telah menerangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengendalikan aduan-aduan kebocoran antara tingkat di petak strata.

Perkongsian ilmu ini diharap dapat memberi pendedahan atau menjadi pencetus idea bagi penyelesaian masalah / aduan oleh komuniti strata yang berlaku di kawasan PBT Perak yang lain.
Pendedahan ini juga sebagai langkah untuk memupuk tanggungjawab bersama kepada komuniti yang tinggal di kawasan berstrata serta dijadikan panduan kepada pihak pengurusan dan penduduk agar lebih memahami tanggungjawab dan peranan demi menjadikan kawasan pemajuan mereka lebih harmoni dan selamat untuk didiami.

Semoga komitmen tinggi para peserta program ini akan membantu pembentukan komuniti strata di Bandaraya Ipoh menjadi lebih selamat dan selesa di masa hadapan.

377684798 682785523873971 5294290318369821463 N
377879397 682785670540623 2473519557425296604 N
377915864 682785310540659 2236005282540029710 N
378121278 682785570540633 7776402823378431062 N
378272787 682785450540645 1381713953721770640 N
378319170 682785307207326 2163234775678362160 N
378319476 682785713873952 4537750535670663629 N
378326665 682785483873975 491618914070184673 N
378327180 682785343873989 5274813703016777908 N
378327707 682785680540622 3178761453271397088 N
378330063 682785600540630 7417669873722141223 N
378333368 682785387207318 1801415817113824431 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7027596