Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR RASMI SEMINAR TEKNOLOGI UPDATE ANJURAN PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGERI PERAK (PTEM)

30 September 2024 - Y.Bhg Dato ' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Seminar Teknologi Update anjuran Persatuan Teknologi Maklumat Negeri Perak atau PTEM di Hotel Casuarina@Meru pagi tadi.

PTeM merupakan Persatuan yang menggabungkan Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat (Skim F) yang terdiri dari gred FT19 – F54 di bawah lantikan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun termasuk Universiti Awam di Negeri Perak.

Walaupun, usia penubuhan Persatuan ini baru tahun ke-2 namun pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan, antara program terbesarnya ialah menjadi rakan strategik dan kolaborasi JKR Perak Cyber Day 2023 yang telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Pada tahun 2024, pelbagai aktiviti telah dirancang yang akan menguntungkan semua pihak dalam menjadikan ICT sebagai penggerak masyarakat.

Program seumpama ini perlu diperbanyakkan lagi dan dilaksanakan selaras dengan wadah dan inspirasi Kerajaan Madani dalam membentuk sebuah Kerajaan Digital yang mengadaptasi teknologi ICT dalam pelbagai industri termasuk industri pembinaan infrastruktur negara dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Disinilah platform perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang program - program pendigitalan sedia ada akan membantu usaha kerajaan mengarusperdanakan teknologi digital terkini kepada orang awam mahupun di kalangan pegawai - pegawai awam di jabatan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan selaras dengan Era Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0).

IMG 20240930 WA0064
IMG 20240930 WA0065
IMG 20240930 WA0066
IMG 20240930 WA0067
IMG 20240930 WA0068
IMG 20240930 WA0069
IMG 20240930 WA0070
IMG 20240930 WA0071
IMG 20240930 WA0072
IMG 20240930 WA0073
IMG 20240930 WA0074
IMG 20240930 WA0075
IMG 20240930 WA0076
IMG 20240930 WA0077
IMG 20240930 WA0078
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7023649