Aktiviti & Berita

EMPAT PELAJAR DIPILIH SERTAI PROGRAM BRIDGE SUMMER CAMP 2025

25 Januari 2025-Seramai empat orang pelajar di bandar raya Ipoh telah dipilih untuk menyertai Program Bridge Summer Camp 2025 yang bakal diadakan di Bandaraya Fukuoka, Jepun Julai ini.

Program yang diperkenalkan sejak tahun 2001, kelolaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNP), sebagai inisiatif bagi menghubung dan menyatukan budaya dan ideologi para peserta yang mengambil bahagian dari 40 buah negara di rantau Asia Pasifik.

Para pelajar yang terpilih ini adalah berusia 11 tahun dari sekolah-sekolah rendah di sekitar Bandaraya Ipoh ini.

Kesemua mereka yang terlibat diibaratkan sebagai duta kecil yang mewakili bandaraya masing-masing bagi tujuan mengeratkan persahabatan di kalangan negara-negara yang mengambil bahagian.

Terdahulu kesemua peserta yang berjaya telah dijemput oleh pihak MBI menyertai sesi perkongsian pengalaman bersama bekas peserta Program Bridge Summer Camp sebelum ini yang diadakan di Dewan Kuliah Jalan Bandar di Ipoh.

Hadir sama pada program berkenaan En. Romzi bin Zamri, Pengarah Komuniti Bandaraya dan En. Wan Mohd. Hazihan Bin Wan Husain Wakil JPNP.

474748502 998071305678723 4936501605170856043 N
474749277 998071149012072 5296554024161860754 N
474791990 998071142345406 8665203860730358035 N
474793691 998071429012044 8634293290993973562 N
474975710 998071309012056 4544673381999457779 N
474977105 998071425678711 7194694823160397110 N
475011173 998071145678739 3188296116003273925 N
475039032 998071095678744 3534549625388153849 N
475069951 998071312345389 8440023648854322677 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022089