Aktiviti & Berita

FESTIVAL ORKESTRA CINA NASIONAL PERAK 2024 TERCATAT DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

27 Disember 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah hadir ke Festival Orkestra Cina Nasional Perak 2024 yang tercatat oleh pihak Malaysia Book of Records sebagai Persembahan Orkestra Cina Terbesar sewaktu perayaan.

Ia turut dihadiri oleh YB Tuan Chaw Kam Foon, ADUN Menglembu, Y.Bhg. Dato' Spri Chooi Yoke Kwan dan Ahli Majlis, MBI.

Program ini amat sesuai kerana ia sejajar dengan UNESCO, Bandaraya Ipoh sebagai Bandar Muzik.

MBI amat menggalakkan warga kota Ipoh khususnya anak muda agar mengadakan persembahaan seni muzik dan memperkenalkan budaya seni muzik tempatan kepada rakan-rakan di peringkat antarabangsa melalui media sosial.

Ahli Majlis MBI juga amat aktif dan sentiasa berusaha untuk mempromosikan Bandaraya Ipoh seperti program seumpama ini melalui kerjasama dengan pihak PERTUBUHAN KEBUDAYAAN DAN ORKESTRA CINA IPOH.

Persembahan yang julung-julung kali diadakan di Bandaraya Ipoh ini amat dinanti-nantikan oleh wargakota Ipoh.

Dengan rekod Malaysia Book Of Record ini akan membantu Bandaraya Ipoh untuk mempromosikan sektor pelancongan dan membangunkan ekonomi tempatan serta dapat menggalakkan anak muda untuk menyertai aktiviti sihat serta mendatangkan faedah ini.

Semoga wargakota Ipoh dan pertubuhan⁠ -pertubuhan akan dapat mengadakan atau menganjurkan program seumpama ini agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke Bandaraya Ipoh serta memberi peluang kepada warga Ipoh untuk memperkenalkan seni budaya di peringkat antarabangsa agar dikenali di seluruh dunia.

IMG 20241227 WA0052
IMG 20241227 WA0053
IMG 20241227 WA0054
IMG 20241227 WA0055
IMG 20241227 WA0056
IMG 20241227 WA0057
IMG 20241227 WA0058
IMG 20241227 WA0059
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022765