28 April 2024 - Penganjuran Ipoh Low Car Day (ILCD) atau Ipoh Hari Rendah Karbon kali ke-69 pagi tadi terus mendapat sambutan yang amat membanggakan dengan bertemakan World Book Day.
Ia telah disertai seramai 2000 peserta yang turut dimeriahkan lagi dengan acara larian OSH Fun Run. OSH Fun Run@Ipoh Low Carbon Day anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak (JKKP) dan Majlis Bandaraya Ipoh sebagai tuan rumah program telah memberi ruang untuk JKKP berkolobrasi bersama bagi menjayakan acara larian tersebut yang disertai seramai lebih 700 peserta dari dalam dan luar Ipoh.
OSH Fun Run@ILCD telah bermula jam 8.00 pagi sejauh 5 km dan telah disempurnakan oleh YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran, Ahli Dewan Negeri Perak DUN Buntong. Ia turut diiringi oleh Dr. Rabaayah bt Daud, Pengarah JKKP Perak, Ir.Ts. Dr. Majahar bin Abd. Rahman Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP Putrajaya, En.A’zman Bin Mohd.Harun, Pengarah Kanan Teknikal MBI dan TPr Hj Mohd.Zainal Bin Abdul Hamid, Pengarah Perancang Bandar MBI.
Disamping itu, selain larian santai, terdapat juga Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, ianya terbuka untuk kanak-kanak sekolah rendah dengan 2 kategori. Kategori A untuk 7 hingga 9 tahun dan Kategori B untuk 10 hingga 12 tahun. Seramai 100 peserta telah menyertai Pertandingan Mewarna pada kali ini.
Acara OSH Fun Run dan Pertandingan Mewarna ini merupakan program kerjasama antara MBI dan JKKP Negeri Perak Sempena Sambutan Hari KKP Sedunia (World OSH Day). World OSH Day, diperkenalkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) disambut pada tanggal 28 April setiap tahun di seluruh dunia. Tema sambutan World OSH Day pada tahun ini ialah “Kesan Perubahan Iklim Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan” atau “The Impacts of Climate Change on Occupational Safety and Health” sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ILO.
Program pada bulan April ini telah disertai oleh 32 agensi termasuk NGO, Jabatan Kerajaan dan Swasta dan diantaranya terdapat agensi yang baru pertama kali menyertainya seperti Naglus Industries Sdn.Bhd yang mempromosikan pruduk MIZU Paint sebagai cat mesra alam dan bersesuaian dengan kempen untuk mencapai objektif dan matlamat tujuan Program Ipoh Low carbon Day.
Ipoh Low Carbon Day kali ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran syarikat Tetra Park Malaysia dengan acara CAREton yang menggalakan masyarakat untuk datang berriadah sambil membawa 20 kotak minuman pelbagai jenama yang terpakai untuk ditebus dengan minuman MILO UHT dan kredit Touch ‘n GO bernilai RM5 di khemah berkenaan.
Program ILCD akan diteruskan lagi pada bulan berikutnya yang dijangkakan pada 26 Mei, 2024.