Aktiviti & Berita

IPOH LOW CARBON DAY 2023 KE-66 MERIAH

17 Disember 2023-Penganjuran Progran Ipoh Low Carbon Day (ILCD) kali ke-66 yang juga merupakan program penutup bagi tahun 2023 telah berlangsung dengan meriah dan dinggarkan seramai 2000 wargakota Ipoh dan luar Ipoh telah hadir memeriahkan program ILCD ini.

Hari Sukarelawan Sedunia merupakan tema pilihan ILCD kali ini. Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day) disambut setiap 5 Disember dan merupakan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1985. Tema Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 adalah " the power of collective action:if everyone did" yang bermaksud "kekuatan dan kuasa tindakan bersama: jika semua orang melakukannya". Dalam erti kata lain, sekiranya kita saling bantu membantu semua perkara akan menjadi mudah.

Acara ILCD telah dimulai dengan acara AeroRetro atau Pertandingan Senamrobik. Acara ini telah dianjurkan oleh Urusetia ILCD dengan kerjasama PUSPANITA MBI yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Datin Siti Faeza binti Mohd Noor, Isteri Datuk Bandar Ipoh selaku Pengerusi PUSPANITA MBI. Acara ini berlangsung selama 2 jam tanpa henti. Hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai dan hamper disediakan untuk peserta-peserta yang bertuah. Seramai 200 peserta senamrobik telah menyertai acara AeroRetro pada bulan ini dengan pakaian temanya adalah retro yang mana semua peserta digalakkan berpakaian retro.

Selain itu, banyak aktiviti dan acara menarik telah berlangsung seperti berjogging, berbasikal, berjalan kaki, kasut roda, papan selaju (skateboard), senamrobik, pemeriksaan kesihatan, kempen kesedaran kesihatan, kempen kemanusiaan, kempen 3R, Program Hari Bersama Pelanggan, pameran, dan permainan menguji minda untuk kanak-kanak.

Program ILCD ini diakhiri dengan sesi melawat khenah peserta dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Datin Siti Faeza binti Mohd Noor, Isteri Datuk Bandar Ipoh selaku Pengerusi PUSPANITA MB.

410203647 737234165095773 3562903143344995839 N
410209515 737234241762432 1154047630753460864 N
410212632 737234421762414 9038820093526417270 N
410212650 737233968429126 3590271476029009730 N
410235620 737234568429066 1830195695382629313 N
410238419 737234085095781 6852260390925640155 N
410274838 737234465095743 2318709042814875007 N
410310496 737234185095771 6334251814357973067 N
411388915 737234265095763 3524209643115309428 N
411641793 737234128429110 7166702255314307502 N
411828973 737234321762424 2138784807363845705 N
411866679 737234211762435 4494105322335535104 N
411884927 737234515095738 7278794791800236613 N
411901525 737234048429118 9021247120985442774 N
411955491 737234371762419 1995159223495488604 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7026136