Aktiviti & Berita

JAWATANKUASA KERJA UNDI BIL 27/02/23 DAN SEMAK SENARAI NAMA KONTRAKTOR BERJAYA BAGI CABUTAN KERJA UNDI SESI KE-2 TAHUN 2023

15 Ogos 2023-Majlis Bandaraya Ipoh masih mengambil pendekatan untuk mengurangkan interaksi sosial serta menggalakkan kehadiran secara angsung melalui “FB Majlis Bandaraya Ipoh”.
Bagi tahun ini, Majlis telah mengadakan kerja undi buat kali ke 2 dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan RM 2.29 juta.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan cabutan undi tersebut.

Cabutan kerja undi kali ini terbuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB G1 dalam daerah Kinta sahaja dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam Negeri Perak sahaja yang layak menyertai cabutan kerja undi ini.

Peruntukan UPEN dan KPKT kali ini diperuntukkan sejumlah RM 1.85 juta) dan MBI (RM 0.44 juta).

Nilai perolehan kerja undi ini juga adalah di bawah RM100,000.00 sejajar dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 2.2 – Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2022) yang telah dikeluarkan.

Kali ini terdapat 26 kerja, dari 3 Jabatan iaitu:-
a) PJB (Jabatan Kejuruteraan) – Menurap semula jalan, naiktaraf longkang dan lain-lain RM1.58 Juta;
b) PEM (Jabatan Kerja & Bangunan) – Bantuan bina baharu rumah, naik taraf dewan orang ramai dan lain-lain RM0.27 Juta;
c) PLB (Jabatan Lanskap) – Baikpulih infrastruktur permainan kanak-kanak, penggantian dan penanaman pokok renek dan lain-lain RM0.44

Sejumlah 220 kontraktor telah berdaftar bagi lesen CIDB manakala 55 kontraktor telah berdaftar bagi lesen KKM serta lulus tapisan dan mematuhi syarat-syarat kelayakan seperti diiklankan.

Majlis telah memaparkan Notis kerja undi ini melalui medium Portal Majlis serta FB . Pendaftaran atas talian telah mula dibuka mulai 1 Ogos 2023 (Selasa) jam 8.30 pagi dan berakhir pada 8 Ogos 2023 (Selasa) jam 12.00 tengahari.

Dengan adanya dana ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Perak bagi meringankan beban rakyat khususnya kontraktor G1 dan kontraktor KKM.

366992477 667989802020210 3294791300058073851 N
366979847 667989782020212 545524601294504944 N
366963513 667989832020207 4932574919707539719 N
366969672 667989885353535 8621313630548676957 N
366642222 667989792020211 3540075597319530227 N
367455350 668034058682451 916979136089390334 N
367689628 668033925349131 4458658908549913574 N
367700095 668033922015798 3301944046379372383 N
367700291 668033795349144 2547740201277276130 N
367710086 668033818682475 8891892231256924213 N
367716029 668034152015775 6427363434848538393 N
367716450 668033815349142 7052781034346612477 N
367717089 668034005349123 2165252932503280477 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7027920