27 September 2024 – Seramai 72 orang petugas media pelbagai agensi di negeri Perak bersama pengarah, pegawai dan anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Puncak Emas serta Ahli Jawatankuasa dan Ahli-Ahli PUSPANITA MBI telah menyertai Kejohanan Boling Persahabatan MBI, Media, Puncak Emas dan PUSPANITA yang julung-julung kalinya diaadakan di Ampang Bowl, Ipoh Parade malam tadi.
Program yang bertujuan untuk menjalin kerjasama serta mengeratkan hubungan ini telah dihadiri Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya,
Y.Bhg. Datin Siti Faeza Binti Mohd Noor, Pengerusi Puspanita MBI,
Puan Shamsinarhaliah binti Mohd Shamsuri, Timbalan Pengerusi 1, PUSPANITA MBI, Encik Hud Abdul Halim, Pengurus Perhubungan Awam mewakili Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Tuan Sayed Hesham Syed Idris, Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) dan.Encik Rosli Mansor, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak.