Aktiviti & Berita

KPKT SELESAI 6,611 PROJEK SEPANJANG TAHUN 2024, DIIKTIRAF DENGAN ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA

TAMBUN, 27 Disember 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM) telah merasmikan Majlis Penutup Sentuhan Kejayaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun 2024 di Tambun, Perak pagi ini. Program ini merupakan penutup kepada Jelajah Sentuhan Kejayaan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi KPKT di sepuluh (10) lokasi sejak 1 Disember 2024.

Agenda kesejahteraan rakyat terus menjadi fokus Kerajaan Malaysia MADANI melalui KPKT dengan peruntukan sebanyak hampir RM3.9 bilion bagi melaksanakan projek - projek pembangunan di seluruh negara. Ini meliputi bidang fokus utama KPKT seperti Kerajaan Tempatan, Perumahan, Pemerkasaan Komuniti, Pengurusan Sisa Pepejal, Perkhidmatan Kebombaan, Kemampanan Bandar dan Pembangunan Landskap.

Secara keseluruhan, projek bagi Kerajaan Tempatan adalah yang paling banyak dilaksanakan sepanjang tahun 2024 di seluruh negara melibatkan 6,611 projek dengan peruntukan RM993.73 juta atau hampir RM1 bilion. Ini meliputi 20 projek berskala besar, 3,697 projek berskala kecil, 357 projek pembangunan gerai dan kiosk serta 1 projek pendigitalan PBT.

Manakala 362 projek juga telah dilaksanakan di bawah Inisiatif Belanjawan 2024 meliputi peningkatan tahap kesihatan gerai/ warung kecil sebanyak 87 projek, sistem perparitan dan longkang sebanyak 93 projek dan penyelenggaraan kolam takungan banjir sebanyak 182 projek.

Di samping itu juga, KPKT turut menaik taraf infrastruktur awam dan bina baharu di kawasan Kampung Baru Cina termasuk kampung baru cina melibatkan 2,168 projek dan geran pembangunan sosioekonomi sebanyak 6 projek.

471309793 978691347616719 7585643586949882209 N
471385711 978691327616721 6374508494332451684 N
471491122 978691380950049 3067411633648250339 N
471505784 978691280950059 8497416606125263687 N
471589243 978691164283404 9194885215939448918 N
471636166 978691527616701 1766034088379508773 N 1
471916086 978691187616735 7841003119879500367 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022661