24 April 2024-Dr. Shana Yong Wee Shien mewakili Independent Investment Consultant of United Nation Capital Development Fund (UNCDF) & Member of Smart Green ASEAN Cities (SGAC) mengadakan kunjung hormat menemui Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh serta perbincangan berkenaan geran peruntukan bagi projek di bawah Smart Green ASEAN Cities bagi memperkembangkan lagi Sistem Trafik Pintar di Jalan Sultan Iskandar Shah bersama TM One.
Perbincangan itu telah diselaraskan Tuan Haji Mohd Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancang Bandaraya pagi tadi.