13 Mei 2024-Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar yang diketuai oleh Ts. Izzat bin Anuar, Pensyarah Universiti Teknologi MARA.
Lawatan akademik ini merupakan pelajar-pelajar tahun tiga (3) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina, Program Senibina, Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi, Kolej Pengajian Alam Bina dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.
Tujuan lawatan ini adalah berkaitan pembelajaran tentang asas kemudahan bangunan (Building Services) khususnya bangunan berskala saiz sederhana bagi memenuhi keperluan silibus kursus AAA624 Building Services.
Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan disamping berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama Institusi Pendidikan.