Aktiviti & Berita

LAWATAN KERJA BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN PEJABAT PROJEK ZON UTARA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia)

21 Februari 2024- Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi daripada Pejabat Projek Zon Utara Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) seramai 35 orang yang diketuai oleh Puan Noraida binti Abdul Rani, Pengarah Pejabat Projek Zon Utara, Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Zon Utara Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia). Lawatan ini juga melibatkan agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Majlis Perbandaran Kangar.

Lawatan tersebut bertujuan untuk perkongsian ilmiah antara Majlis Bandaraya Ipoh bersama Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Zon Utara Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANmalaysia) berkaitan penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Tpr. Tuan Haji Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancangan Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh dan En. Abdul Afiq bin Muhammad, Penolong Pengarah Perancangan Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh.

Taklimat ini telah berlangsung di Aras 2 Bilik Gerakan, Majlis Bandaraya Ipoh. Delegasi juga telah dibawa untuk melawat ke Pejabat Ipoh Integrated Operation Centre (IIOC) yang terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh.

Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Zon Utara Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia), Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Majlis Perbandaran Kangar.

428611895 777149507770905 7804247716049150434 N
428612997 777149911104198 518707913772513960 N
428613380 777149847770871 2113977939873910280 N
428613639 777149621104227 6640654405174050533 N
428613716 777149751104214 3441830584003869773 N
428614197 777149881104201 3860259759607949677 N
428614925 777149544437568 6211907641612772835 N
428614997 777149624437560 3679034778891227052 N
428616622 777149817770874 5524533279944992656 N
428617955 777149934437529 9145206220604281258 N
428620385 777149721104217 4823405642077078488 N
428621875 777149644437558 9142919131304510115 N
428622618 777149967770859 2245427841788499719 N
428629546 777149747770881 1736735644181399276 N
428636054 777149521104237 5176833099246184596 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025777