3 Februari 2025- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pagi tadi.
Program lawatan ini melibatkan penyertaan seramai 30 anggota MBI yang terdiri daripada penyampai radio dan tv serta pengacara dari pelbagai jabatan MBI.
Tujuan utama lawatan ini dianjurkan adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengurusan siaran tv online masing-masing.
Kunjungan ini juga merupakan kesinambungan terhadap usahasama yang terjalin sejak September 2023 melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman MOU antara RadioTv Bandaraya Ipoh dan Tv MBAS.
Lawatan sehari ini telah diketuai oleh Encik Muhammad Hafizsafwan Bin Nur Azlan, Ketua Unit Komunikasi Strategik dan Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Pegawai Perhubungan Awam MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh.