Aktiviti & Berita

LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA IPOH KE QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK (QIU) DI JALAN RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH, PERAK & TAKLIMAT CADANGAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI DI GUNUNG LANG

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA IPOH KE QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK (QIU) DI JALAN RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH, PERAK & TAKLIMAT CADANGAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI DI GUNUNG LANG
25 September 2024 – Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mengetuai delegasi Lawatan Kerja Majlis Bandaraya Ipoh ke Quest International University Perak (QIU) Di Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Pada masa yang sama, para delegasi turut diberikan Sesi Taklimat Cadangan Pembangunan Universiti Di Gunung Lang.

Sesi taklimat dan lawatan kerja ini turut disertai oleh LAr. Meor Abdullah Zaidi Bin Meor Razali, Pengarah Kanan- Perkhidmatan dan pegawai-pegawai dari Unit Pusat Setempat (OSC), Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Kejuruteraan Infra, Jabatan Kawalan Pembangunan dan Jabatan Taman dan Landskap.

Ia bertujuan untuk berkongsi informasi mengenai cadangan projek pembangunan universiti baharu pihak Quest di Gunung Lang selain memberi pendedahan kepada Majlis Bandaraya Ipoh berkenaan QIU terutamanya jenis pengajian yang ditawarkan, produk-produk penyelidikan yang dihasilkan malah hala tuju pembangunan pendidikan di universiti ini.

MBI merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil pengurusan tertinggi QUI iaitu Mr Nicholas Goh, Professor Zita Mohd Fahmi dan Encik Muhammad MG Omar di atas taklimat dan hospitaliti yang telah diberikan.

Cadangan Pembangunan baru Quest International University Perak (QIU) ini dilihat akan memberikan impak yang positif dalam pembangunan Bandaraya Ipoh dan boleh meningkatkan taraf hidup penduduk setempat melalui peluang pekerjaan.

IMG 20240925 WA0058
IMG 20240925 WA0059
IMG 20240925 WA0060
IMG 20240925 WA0061
IMG 20240925 WA0062
WhatsApp Image 2024 09 25 At 215139 8d587daf
WhatsApp Image 2024 09 25 At 215139 Ffdcf4ab
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7023684