Aktiviti & Berita

LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

28 Februari 2024- Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri seramai 15 orang yang diketuai oleh Encik Ruziman bin Rahmat, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Lawatan tersebut bertujuan untuk perkongsian ilmiah antara Majlis Bandaraya Ipoh bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri berkaitan penyediaan Pelan Tindakan Bandaraya Pelancongan yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Normala binti Latiff, Pengarah Komuniti Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh dan Puan Jamunarani a/p S. Nadarajah, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Komuniti,Pelancongan dan Antarabangsa) Majlis Bandaraya Ipoh.

Taklimat ini telah berlangsung di Aras 10 Dewan Azlan Shah, Majlis Bandaraya Ipoh. Delegasi juga telah dibawa untuk melawat ke Tasik Cermin Ipoh dan Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh.

Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

409068490 781598413992681 4064099549944703040 N
429580445 781598380659351 8256495135054880247 N
429792859 781598357326020 7891394929168485253 N
429846883 781598350659354 7397604889829728655 N
429853335 781598300659359 2193702925073946104 N
430128537 781598320659357 5083957916453508734 N
430662784 781598387326017 3716622715916787058 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6579224