11 Julai 2023—Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Mereka turut mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dengan pasukan MBI.
Di sebelah malam, delegasi MBPG telah diraikan dalam majlis makan malam.
Semoga lawatan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan disamping berkongsi pengalaman dan pengetahuan kedua-dua PBT.