7 Disember 2023- Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang diketuai oleh Puan Zanariah binti Mohd Basri, Pegawai Tadbir, Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Lawatan tersebut bertujuan untuk perkongsian strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang mengenai pengurusan premis kediaman, prasarana dan premis perniagaan serta pengurusan Sistem Smart Trafik di Jalan Sultan Idris dan Pelaksanaan Bandar Pintar Ipoh 2030.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Pengurusan Fasiliti. Taklimat ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Perak dan Ipoh Intergrated Operation Centre (IIOC).
Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.