31 Julai 2023- Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh Mohd Fauzi bin Haji Ismail, Pengarah Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya.
Pertemuan yang berlangsung di Bilik Gerakan MBI tersebut bagi berkongsi ilmu berkaitan Pengurusan Unit Pasar, Penjaja dan Halangan serta proses kerja bagi tindakan sitaan dan proses pelupusan barang sitaan.