14 Januari 2025 – Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mengetuai delegasi Majlis Bandaraya Ipoh untuk lawatan kerja rasmi ke Badan Pengusahaan Batam. Delegasi turut diberikan Sesi Taklimat Pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas Batam selain pemajuan di sekitar Kota Batam.
Sesi taklimat dan lawatan kerja rasmi ini turut disertai oleh ahli majlis, YBhg. Clr. Datuk Haji Mazlan bin Abd Rahman, YBhg. Clr. Puan Zuraidah binti Zakaria, YBhg. Clr. En. Faidz bin Ismail, Pengarah Kanan- Perkhidmatan, LAr. Meor Abdullah Zaidi Bin Meor Razali dan pegawai-pegawai dari Unit Pusat Setempat (OSC), Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Kejuruteraan Infra, Jabatan Kawalan Pembangunan dan Jabatan Taman dan Landskap yang merupakan Jabatan yang terlibat di dalam memproses permohonan pelan pemajuan. Selain itu, lawatan ini turut disertai oleh Jabatan Teknikal Luaran seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Air Perak (LAP).
Ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli mesyuarat JKOSC berkenaan perancangan bandar dan pembangunan hartanah di Batam selain menambah pengetahuan mengenai pembangunan di Batam terutamanya berkenaan pelabur dan pembangunan.
MBI merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil pengurusan BP Batam, Ibu Ariastuty Sirait, Pengarah Perhubungan Awam, Promosi dan Protokol di atas taklimat dan hospitaliti yang telah diberikan.