24 Januari 2024 - Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mengetuai lawatan pemantauan sempena Sambutan Thaipusam 2024 di Gunung Cheroh petang tadi.
Ia turut dihadiri oleh Ketua Jabatan MBI serta penganjur Sambutan Thaipusam 2024 iaitu Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Sabah.
Ia bertujuan untuk memantau serta memastikan kelancaran Sambutan Thaipusam 2024 dari aspek kebersihan,keselamatan makanan, lalulintas dan susunatur khemah berada ditahap baik.
Sebanyak 200 khemah dibawah seliaan penganjur iaitu Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Sabah dan 69 khemah individu telah diluluskan sepanjang Sambutan Thaipusam 2024 Sebanyak 200 gerai telah di periksa di dapati sebanyak 60 gerai gagal mematuhi syarat dan amran lisan telah di keluarkan. Majlis Bandaraya Ipoh akan menjalankan pemeriksaan susalan untuk memastikan kebersihan dan Keselamatan makanan terjamin.
Semoga Sambutan Thaipusam 2024 tahun ini berjalan lancar mengikut perancangan.