16 Disember 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Jabatan Konservasi Warisan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang diketuai oleh Cik Nur Adibah binti Abdul Nasir, Arkitek Warisan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Lawatan ini terdiri seramai 17 anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mewujudkan perkongsian maklumat berkaitan Pengurusan Bangunan – Bangunan Warisan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Zulkefli bin Osman, Ketua Penolong Pengarah Perancangan Bandar, Encik Muhammad Faris bin Mohd Sabri, Penolong Pengarah Kawalan Pembangunan serta Encik Sukhaile bin Mustafa, Penolong Jurutera Kerja dan Bangunan.
Semoga lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Ipoh.