Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

21 Januari 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang diketuai oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Lawatan ini telah dihadiri seramai 16 anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mewujudkan perkongsian maklumat berkaitan Pengurusan dan Pelaksanaan Kutipan Hasil Pelancongan serta Aktiviti Pelancongan di Bandar Raya Ipoh.

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Jamunarani a/p S. Nadarajah, Ketua Penolong Pengarah Komuniti Bandaraya. Delegasi Majlis Perbandaran Hulu Selangor juga telah melawati Concubine Lane dan Tasik Cermin Ipoh untuk mempromosikan pelancongan di Bandar Raya Ipoh.

Semoga lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Bandaraya Ipoh.

473231728 995457339273453 5249860679387534870 N
473347280 995457319273455 1957904728472312890 N
474089554 995457275940126 5628390399433576828 N
474210206 995457295940124 1084752568184025530 N
474223727 995457285940125 7932913283184658396 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022287