28 Ogos 2024- Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diketuai oleh Puan Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Kewangan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Encik Khairul Azmir bin Ahmad, Pengetua Institut Latihan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mewujudkan perkongsian strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai Pengurusan Peruntukan Kerajaan dan Agensi Luar.
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Che Wan Intan Maisarah bin Jamaluddin, Pengarah Perakaunan, Majlis Bandaraya Ipoh.
Semoga lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Ipoh.