Aktiviti & Berita

LAWATAN RASMI PEJABAT HAL EHWAL LUAR NEGERI NANNING, CHINA KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

8 Januari 2024- YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak bersama Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat delegasi Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Nanning, China yang diketuai oleh Cik Peng Jian, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Nanning, China di Bilik Bunga Raya, Tingkat 10, Bangunan MBI pagi tadi.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama antara Ipoh dan Nanning.

Pada masa yang sama, turut diadakan mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI serta pegawai agensi kerajaan lain seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak (JPS), Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak (JAS), Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), Tourism Perak, Perak Investment Management dan Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.


IMG 20240108 WA0080
IMG 20240108 WA0081
IMG 20240108 WA0082
IMG 20240108 WA0083
IMG 20240108 WA0084
IMG 20240108 WA0085
IMG 20240108 WA0086
IMG 20240108 WA0087
IMG 20240108 WA0088
IMG 20240108 WA0089
IMG 20240108 WA0090
IMG 20240108 WA0091
IMG 20240108 WA0092
IMG 20240108 WA0093
IMG 20240108 WA0094
IMG 20240108 WA0095
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7026085