Aktiviti & Berita

LEBIH 1000 WARGA MBI HADIRI EXECUTIVE TALK & SAMBUTAN HARI INOVASI PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT MBI 2023

1 Disember 2023-Lebih 1000 warga MBI menghadiri Majlis Executive Talk dan Hari Inovasi Peringkat MBI 2023 di Pusat Konvensyen Ipoh petang tadi.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan executive talk serta merasmikan penutupan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat MBI 2023.
Ia turut dihadiri oleh Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan anggota MBI.

Inovasi ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi untuk digunapakai mengikut keperluan agensi.

Inovasi mempunyai fungsi utama yang menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai sektor antaranya:
Peningkatan Kecekapan: Inovasi membolehkan pembangunan teknologi dan proses baharu yang lebih cekap, menjimatkan masa, usaha dan sumber.
Kualiti yang Diperbaiki: Inovasi membawa penambahbaikan dalam produk, perkhidmatan atau proses, dengan itu meningkatkan kualiti keseluruhan.
Penyelesaian Masalah: Inovasi sering menghasilkan penyelesaian baharu kepada masalah sedia ada atau menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat, sektor awam atau industri.
Pertumbuhan Ekonomi: Inovasi boleh menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan pekerjaan baharu, merangsang pelaburan dan membuka peluang perniagaan.
Meningkatkan Daya Saing: Inovasi memperkukuh daya saing entiti, sama ada syarikat, sektor perindustrian atau negara, dengan mencipta kelebihan daya saing.
Penyesuaian kepada Perubahan: Inovasi membolehkan entiti menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran, termasuk perubahan dalam teknologi, peraturan, dan keutamaan pengguna.
Meningkatkan Kesejahteraan Komuniti: Inovasi boleh memberi manfaat langsung kepada masyarakat, sama ada melalui perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, pendidikan inovatif, atau menyediakan penyelesaian kepada masalah sosial.
Pemerkasaan Individu dan Organisasi: Inovasi menyediakan peluang dan ruang untuk membangunkan potensi baharu, baik dalam segi pengetahuan, kemahiran, atau kebolehan sumber manusia.

Pelaksanaan pembudayaan inovasi untuk pegawai awam memberi impak positif yang ketara dalam peningkatan kecekapan, pembangunan perkhidmatan awam yang lebih baik, dan penyesuaian kepada perubahan keperluan masyarakat.

Dengan mengguna pakai teknologi baharu, proses yang lebih pantas dan berkesan boleh dilaksanakan, mempercepatkan membuat keputusan dan menyediakan penyelesaian yang lebih responsif. Selain itu, inovasi boleh meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan penyertaan masyarakat dalam proses pembuat dasar.

Anggota yang terlibat dalam inovasi juga boleh mengalami peningkatan kemahiran dan pengetahuan, mewujudkan persekitaran kerja yang dinamik dan progresif. Secara keseluruhan, pembudayaan inovasi memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan, mewujudkan nilai tambah, dan bertindak balas terhadap cabaran yang semakin meningkat dalam tata kelola kerajaan.
Secara keseluruhannya, inovasi memainkan peranan penting dalam memacu perubahan positif, menggalakkan pembangunan, dan mencipta kemungkinan baharu dalam pelbagai aspek kehidupan. Inovasi yang dihasilkan berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada.

Maka, Kerajaan telah menetapkan bahawa agenda transformasi negara hendaklah berpaksikan inovasi dan kreativiti sebagai peneraju agenda transformasi negara. Perkhidmatan Awam perlu memacu usaha-usaha terancang bagi kejayaan agenda transformasi merentasi semua sektor dalam negara.

Pendekatan baru dan idea kreatif membolehkan sektor awam meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agar lebih cekap dan berkesan. Dengan itu, kita perlu berani berubah dan mencuba pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif ke arah menepati kehendak pada masa ini. Budaya inovasi adalah sebahagian daripada gerakan transformasi sektor awam di samping menyokong agenda peningkatan daya saing negara.

Memetik Laporan Indeks Inovasi Global (GII) bagi tahun 2023, Malaysia mengekalkan kedudukan di tangga ke-36 daripada 132 negara dengan peningkatan skor keseluruhan 40.9 berbanding 38.7 pada tahun lepas. Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022 dan bagi ASEAN, Malaysia kekal berada di tempat kedua selepas Singapura.
Cetusan inovasi dan kreativiti di kalangan warga MBI juga tidak kurang hebatnya berdasarkan pencapaian MBI yang telah memenangi beberapa anugerah serta menyertai di peringkat kebangsaan dan negeri.

MBI sendiri turut berjaya menghasilkan 102 inovasi diantaranya seperti:
a) Easy E Tree; b) SPBT;
c) My Norisk; d) Park@Perak;
e) Posora; f) Ntheft.

Hari Inovasi Perkhidmatan Awam yang ditetapkan pada 31 Oktober setiap tahun merupakan pentingnya budaya inovasi dalam mendokong agenda transformasi sektor awam. Majlis Bandaraya Ipoh juga telah melaksanakan pelbagai program inovasi dari awal November 2023, dan hari ini, merupakan Majlis Perasmian Penutup Hari Inovasi Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2023.
Sambutan Hari Inovasi Peringkat MBI 2023, sebanyak 5 program telah dilaksanakan iaitu:
1. Pertandingan Slogan Inovasi (INNO Slogan);
2. Pertandingan Kuiz Inovasi (INNO Quiz);
3. Pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA);
4. Pertandingan Cetusan Idea Inovasi (INNO Idea);
5. Pertandingan INNO- Race@Ecopark.

Semoga penganjuran program-progran ini akan meningkatkan lagi Amalan Pembudayaan Inovasi dan Kreativiti di kalangan warga MBI khususnya dan wargakota Ipoh amnya yang seterusnya akan meningkatkan lagi tahap kecekapan Majlis dalam Penyampaian Perkhidmatan (delivery of service) kepada wargakota Ipoh.

407246306 727949839357539 3771515861990963478 N
407291171 727949822690874 6560427865745681829 N
407381400 727949826024207 1472733495063771484 N
407265078 727950242690832 1783785134838945603 N
407242764 727950046024185 5152461829978525906 N
407249648 727950169357506 4986173010694850410 N
407254477 727949896024200 1361228817739112244 N
407257331 727950149357508 6546643121308209552 N
407258278 727950049357518 5641587915221504196 N
407261404 727949966024193 8096932765502397446 N
407273961 727950166024173 1683760767815203550 N
407279837 727949919357531 2911423795021342636 N
407288166 727950059357517 6239968579703236595 N
407301767 727949916024198 4930482294251055293 N
407294070 727950266024163 145670244650860604 N



mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7026272