Aktiviti & Berita

LEBIH 3000 WARGAKOTA IPOH MERIAHKAN IPOH LOW CARBON DAY BULAN NOVEMBER

19 November 2023-Lebih 3000 wargakota Ipoh telah hadir memeriahkan Ipoh Low Carbon Day (ILCD) bulan November 2023 bertemakan Hari Ekonomi Donat Global (Global Donut Economics Day) pagi tadi.

Tema Sambutan Hari Ekonomi Donat Sedunia yang dipilih adalah bersempena dengan tarikh 13 November 2023 sebagai Hari Ekonomi Donat Sedunia (World Donut Economics Day) oleh Doughnut Economics Action Lab (DEAL) iaitu sebuah komuniti antarabangsa yang menghimpunkan tenaga pengajar, pembuat dasar, usahawan, artis, pihak akademik, pereka, dan pakar ekonomi. Global Donut Economics Day menjadi hari festival tempatan di merata dunia yang dipimpin oleh komuniti Ekonomi Donut. Ia juga menjadi satu medium bagi menyatukan komuniti tempatan dan hubungan global.
Model Ekonomi Donat yang dipelopori oleh Professor Kate Raworth dari Oxford University adalah kerangka ekonomi Bandar yang disempadani oleh bulatan pembangunan mampan dan disempadani juga oleh bulatan kesejahteraan sosioekonomi menjadikan ianya gambaran berbentuk donat, lalu dinamakan Ekonomi Donat.

Ianya adalah penambahbaikan kepada Ekonomi Kitaran dan pembangunan mampan dengan mengambilkira faktor-faktor keadilan sosial, keseimbangan ekonomi dan kesesuaian tempatan.
Penganjuran acara berjalan kaki sejauh 5 km yang dikenali sebagai Donut City Fun Walk @ Ipoh Low Carbon Day turut daidakan pada kali ini yang disempurnakan oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak mewakili Y.Bhg Datuk Bandar Ipoh bersama-sama dengan Cik Saidatul Maisarah Faiesall mewakili Prof Tan Sri Dr Jemilah Mahmood selaku Executive Director, Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University yang diiringi oleh Clr. Ahmad Khair Faizal bin Yahaya, Ahli Majlis MB dan Dr Norli mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Darul Ridzuan serta Tpr. Dr Zulqarnain bin Mohamad, Ketua Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat Puan Jaslina Binti Shaidin , Timbalan Pengarah Perancang Bandar mewakili Urusetia Ipoh Low Carbon Day. Penyampaian hadiah pula telah disampaikan oleh Clr. Ahmad Khair Faizal bin Yahaya, Ahli Majlis MBI kepada para pemenang.

Seramai 500 peserta berjalan kaki telah menyertai acara Fun Walk ini dan selain itu terdapat juga khemah pameran di sediakan untuk sesi perkongsian dan pendedahan kepada peserta yang hadir ke Program ILCD mengenai maksud ekonomi donut dan beberapa aktiviti menarik seperti permainan kuiz dan lebih 20 hadiah cabutan bertuah telah disediakan bagi peserta yang bertuah.

Bagi merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030, salah satu Program Flagship yang dijalankan ini juga adalah untuk menjadikan Ipoh Bandar Ekonomi Donat 2027. Dengan inisiatif ini, kolaborasi di antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Sunway Centre of Planetary Health (SCPH) Sunway University, dan Institut Darul Ridzuan (IDR) telah dijalinkan bagi memastikan salah satu Program Flagship Perak Sejahtera iaitu menjadikan Ipoh Bandar Ekonomi Donat 2027 tercapai.

Lebih 27 buah lokasi tempat di beberapa negara telah digerak ke arah mengatur proses untuk menganjurkan festival GlobalDonutEconomicsDaydi serata dunia antaranya Melbourne dan Sidney (Australia), Amsterdam (Belanda), Mexico City (Mexico), Copenhagen (Denmark), Berlin (Germany), Brussels (Belgium), Beijing (China) dan Oxford (United Kingdom).

Objektif penganjuran festival Global Donut Economics Day dan perlaksanaan acara Donut Fun Walk@Ipoh Low Carbon Day 2023 adalah bertujuan untuk:
▪ Mempromosikan Bandaraya Ipoh dan Perak secara amnya di mata dunia sebagai sebuah Bandar Ekonomi Donat
▪ Memahami idea-idea Ekonomi Donat dan belajar daripada pengalaman mereka yang telah mengimplementasi idea-idea tersebut.
▪ Perkongsian inisiatif terbaik yang telah berlaku di Ipoh secara khasnya dan Perak secara umumnya. Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada individu, kumpulan, serta pertubuhan yang berkaitan.
▪ Menjayakan perintis perubahan dan membina momentum yang dapat memberi manafaat kepada semua yang terlibat.
▪ Mengambil langkah seterusnya menjadikan bandaraya Ipoh Bandar Ekonomi Donat sebagai tempat untuk bekerjasama untuk perubahan menuju masa depan yang makmur untuk semua.
Semoga program ini akan membantu merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.

399771061 721308133355043 7017687836210556339 N
401813266 721308006688389 305983569149985715 N
401833006 721308040021719 1443642108899959263 N
401837867 721307810021742 2507963077680708043 N
403814596 721307506688439 4912134802838791288 N
403839122 721308260021697 3067565843464100385 N
403880495 721307800021743 6428469145894248291 N
403999653 721308250021698 4317994110386193072 N
404006130 721308106688379 1209108602469040505 N
404158075 721307740021749 1331602356183625872 N
404162588 721308016688388 1186696501572992698 N
404165027 721307706688419 1110105911559730102 N
404169604 721307523355104 4659196536069757514 N
404170361 721307913355065 4614845639532009726 N
404170362 721307546688435 1594383884568402713 N
404170921 721308213355035 7429617645158444804 N
404174707 721307573355099 2927143563443137311 N
404180894 721307716688418 7623134902510013669 N
404182732 721307933355063 4645735135834838045 N
404184428 721308123355044 4008944581559866138 N
404229687 721307780021745 5953102348878706453 N
404246917 721307583355098 866202345994758988 N 1
404257690 721307536688436 7104228317853112321 N
404278689 721307916688398 8609319403074629020 N


mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5683267