29 September 2024 - Lebih 3500 wargakota Ipoh telah menyertai Ipoh Low Carbon Day pagi tadi.
Seramai 500 peserta pula telah menyertai acara larian santai NATSEC Fun Run 2024 sempena Ipoh Low Carbon Day 2024 anjuran MBI dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Acara NATSEC Fun Run ini telah disempurnakan pelepasannya oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Perak. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.
Sebanyak 60 agensi dari Jabatan Kerajaan, syarikat-syarikat swata dan NGO telah mengambil bahagian didalam program kali ini yang bertemakan Sambutan Hari Tanpa Kereta.
Program kali ini merupakan program siri ke-73 sejak ianya dilaksanakan pada 18 Oktober 2015.
NATSEC Fun Run 2024 ini merupakan satu acara larian santai sejauh 5 kilometer dan penyertaan telah dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat tanpa mengira had umur dan terhad kepada 500 orang peserta sahaja.
Selain itu, acara ini juga diadakan sebagai tanda sokongan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak kepada Program Ipoh Car Free Day@Ipoh Low Carbon City anjuran Majlis Bandaraya Ipoh.
Perbagai pertandingan dan persembahan telah diadakan termasuk pertunjukkan pecah genting, pecah papan dan pertunjukkan seni mempertahankan diri taekwando oleh 80 orang anak-anak anggota MBI.