Aktiviti & Berita

LORONG SENI@LORANG PANGLIMA IPOH MERIAH DENGAN ACARA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

25 Januari 2025- Suasana di Lorong Seni@Lorong Panglima Ipoh pagi ini meriah dengan penganjuran Program Sambutan Tahun Baru Cina 2025.

Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Komuniti Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) itu telah dirasmikan Y.Bhg. Clr. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI.

Turut sama hadir pada program pagi ini, adalah Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Majlis.

Program ini dianjurkan bertujuan bagi memberi peluang kepada warga bandar raya Ipoh mengenali tradisi dan budaya berbilang bangsa dalam meraikan perayaan masyarakat di negara ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang acara ini berlangsung antaranya, pertunjukan tarian singa, pertunjukan gendang Cina dari Persatuan Sukan dan Kebudayaan Ma Ching Ipoh serta pertunjukan kebudayaan Gema Warisan Budaya MBI dan jualan kraftangan daripada pengusaha kraf tempatan di bandar raya Ipoh.

Diharapkan dengan penganjuran Program Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina ini, ianya dapat mengukuhkan lagi pemahaman warga bandar raya terhadap budaya masyarakat Cina dalam menyambut perayaan yang bermakna ini.

474745692 998052802347240 3908190305698887571 N
474794260 998052749013912 7377726183620847127 N
474795589 998052835680570 7454092855765766215 N
474950638 998052805680573 9130797952087370803 N
474975410 998052699013917 362707153956953361 N
474989556 998052989013888 3742326689379383702 N
475056897 998052875680566 9114351695326385837 N
475095905 998052889013898 1887967309714937523 N
475133706 998052765680577 7891528735093595884 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022079