Aktiviti & Berita

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 MAJLIS BANDARAYA IPOH

7 Mac 2024 - Seramai 204 warga kerja MBI yang terdiri daripada 160 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 44 orang penerima Anugerah Keterampilan Tahun 2023 telah diraikan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 di Stadium Indera Mulia petang tadi.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Ia turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI

Penganugerahan APC ini adalah ruang untuk meraikan sebahagian daripada warga kerja MBI yang telah menunjukkan prestasi kerja dan pencapaian yang tinggi dan amat membanggakan sepanjang tahun 2023.

Pengiktirafan ini diharap dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang, seterusnya menjadi mentor terbaik kepada rakan sekerja.

Pengiktirafan ini juga diharap dapat menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan seterusnya menjadi teladan kepada semua warga MBI dalam membentuk dan memantapkan lagi ekosistem pekerjaan yang cemerlang.

Warga kerja MBI diharap agar terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan memastikan jentera MBI bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi yang disusun.

Warga kerja MBI tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian. Ekspektasi pelanggan atau wargakota Ipoh terhadap perkhidmatan MBI, hari demi hari semakin tinggi dan keadaan ini sudah tentunya mendesak MBI membuat pembaharuan yang berterusan. Ini bagi memastikan MBI sentiasa dan terus relevan, responsif, berkesan serta ke hadapan dalam memenuhi harapan Ipoh Bestari Sejahtera.

Semoga semua penerima APC dan Anugerah Keterampilan dapat mengekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini dan terus mendokong usaha MBI ke arah kemakmuran Bandaraya Ipoh serta kesejahteraan wargakota Ipoh.

429649852 785101860309003 2719313806976957714 N
429673617 785102290308960 891203864875950434 N
429679297 785102120308977 3438460760599678374 N
429683363 785102476975608 275600851323144915 N
429785991 785101833642339 3478938222451384752 N
429792853 785101863642336 7695783946527092144 N
429793259 785102533642269 5790275913992124174 N
429806923 785102116975644 1934931842928002742 N
429809976 785102030308986 6191215753971448992 N
429811931 785102280308961 7634903300669060106 N
429811946 785112036974652 4421346404984316248 N
429817760 785101873642335 935608161640935327 N
429821428 785112040307985 8593686815313074116 N
429827358 785102073642315 5313498956427859496 N
429836395 785102306975625 6459040646254999127 N
430264663 785102403642282 1458245381080701552 N
430914312 785102093642313 727747019136952934 N
431950953 785102023642320 7624782793967127568 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025586