MAJLIS BACAAN YASIN DAN CERAMAH KHAS SEMPENA ULANGTAHUN BANDARAYA IPOH KE-36 DI MASJID MUHIBBUDIN SHAH
30 Mei 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Ceramah Khas sempena Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-36 di Masjid Muhibbuddin Shah, Jalan Raja Ashman Shah malam tadi.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan yasin dan solat Magrib berjemaah.
Sebelum solat Isyak berjemaah penceramah jemputan, AF Ustaz Mohd Fadhly bin Hasbullah (Ustaz Manis) telah menyampaikan ceramah khas bertajuk "Eksplorasi Sirah, Palestin Bandaraya Bersejarah".
Ia turut dihadiri Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.