Aktiviti & Berita

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK MBI, M ROOF HOTEL, PASARAYA ECONSAVE DENGAN KERJASAMA LION CLUB OF IPOH CENTENNIAL

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK MBI, M ROOF HOTEL, PASARAYA ECONSAVE DENGAN KERJASAMA LION CLUB OF IPOH CENTENNIAL
15 Mac 2024- Unit Komunikasi Strategik MBI, M Roof Hotel, Pasaraya Econsave dengan kerjasama Lion Club of Ipoh Centennial telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 1445H/2024M meraikan Anak Yatim dari Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh, Perak dan Pertubuhan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yassin di M Roof Hotel malam tadi.

Program ini secara tidak langsung juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam usaha untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan pada tahun ini serta membantu meningkatkan syiar Islam di Bandaraya Ipoh amnya dan negeri Perak khususnya.

Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh, Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Wilayah Utara 3, Econsave(Cash & Carry Sdn Bhd), Puan Sharmila Binti Senin, President Lions Club of Ipoh Centennial, Y.Bhg. Datin Noraini Abdullah, Pengerusi & Pengasas Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh, Perak, Encik Norizan bin Razali, Pengetua, Pertubuhan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yassin.

MBI sentiasa mengimarahkan bulan Ramadhan Al Mubarak dengan mengadakan pelbagai program seperti majlis berbuka puasa bagi meraikan anak yatim.

Anak-anak yatim telah dibawa ke Pasaraya Econsave Jelapang di sebelah petang untuk memilih pakaian raya atas tajaan Pasaraya Econsave.

Majlis Berbuka Puasa ditaja sepenuhnya oleh M Roof Hotel yang mana menunya adalah antara menu bufet Ramadhan yang akan disediakan oleh pihak hotel bermula daripada 18 Mac sehingga 29 Mac 2024 dengan harga yang berpatutan. Ia merupakan kali pertama m Roof Hotel mengadakan bufet Ramadhan semenjak ditubuhkan.

Pihak Lions Club of Ipoh Centennial menaja duit raya manakala MBI sendiri memberikan sumbangan wang tunai kepada kedua-dua rumah anak yatim.

Pasaraya Econsave pula menaja baucer membeli-belah serta barangan keperluan makanan kepada kedua-dua rumah anak yatim.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pasaraya Econsave, M Roof Hotel dan Lions Club of Ipoh Centennial yang telah bersama MBI dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat khususnya Program MBI Prihatin.

Beliau turut berharap lebih banyak lagi pasaraya seperti Econsave, hotel seperti M Roof dan Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Lions Club of Ipoh Centennial dalam menjalankan program yang memberi manfaat kepada wargakota Ipoh yang memerlukan.

Pada masa yang sama, rakan media juga pada setiap tahun sentiasa bekerjasama dengan MBI untuk membuat liputan bagi menggalakkan lebih banyak lagi pasaraya, hotel dan pertubuhan bukan kerajaan untuk tampil menyumbang serta menaja program-program berfaedah demi kesejahteraan wargakota Ipoh yang kurang berkemampuan seumpama ini.

431898804 789667186519137 3636348397847365459 N
431909311 789660946519761 1122057410240038553 N
431914036 789667159852473 5953140100957577171 N
431924525 789661126519743 9192751570004772408 N
431950962 789668546519001 746846882657708805 N
431960051 789667189852470 527845628836471446 N
431964243 789661096519746 7074108813022312237 N
431968939 789661269853062 4370015758177475044 N
431976250 789660956519760 1678875601922763599 N
432637365 789661256519730 1582485956710024515 N
432647794 789667106519145 4578182842758732557 N
432686392 789660943186428 3455176457956204399 N
432729565 789667086519147 6503028591812608955 N
432743869 789661106519745 4906981993284243685 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025432