Aktiviti & Berita

MAJLIS CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2024 BAGI BULAN NOVEMBER 2023

11 Disember 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud telah menyempurnakan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 bagi Bulan November 2023 pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 bagi Bulan November 2023 menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM 4,500 untuk dimenangi oleh 10 orang pemenang dengan hadiah utama bernilai RM 1,000.00.

Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran bulanan ini diadakan sebagai hebahan kepada wargakota memandangkan mulai penggal 2/2023 tiada lagi penghantaran bil fizikal kepada pemilik –pemilik harta. Wargakota boleh memuat turun aplikasi DMBI atau melayari portal MBI (d-mbi@ipoh) untuk semakan dan seterusnya membuat pembayaran secara atas talian. Ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah.

Program ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pembayar-pembayar awal yang telah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya Ipoh setiap tahun.

Untuk makluman, sehingga November 2023 sebanyak 12,181 bil telah membuat pembayaran awal selama setahun bagi bil cukai taksiran 2024 dan mencatatkan jumlah bayaran sebanyak RM3.33juta.
Pihak Majlis membuka peluang penyertaan cabutan bertuah ini kepada SEMUA saluran pembayaran yang membuat pembayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan iaitu di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter PBT Perak, Mesin Kiosk serta pembayaran atas talian iaitu pembayaran melalui Portal MBI (d-mbi@ipoh), PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet.

Program pada hari ini qdalah pelaksanaan cabutan sebanyak 10 pemenang bagi bulan November 2023 dan pemenang ini masih layak menyertai Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 yang akan diadakan selepas tamat tempoh bayaran pada 29 Februari 2024. Wargakota yang masih belum menjelaskan bayaran cukai taksiran boleh membuat pembayaran dengan kadar segera dan masih berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bulan Disember 2023 yang dijangka akan berlangsung pada Januari 2024.

Semoga sokongan padu berterusan wargakota Ipoh kepada MBI akan membantu merealisasikan hasrat MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Ipoh Bestari.

409564942 733552952130561 3781852994223961596 N
409574874 733553005463889 7780253050711209855 N
409583767 733552925463897 7569803509322544801 N
409621491 733553102130546 3498458090260586918 N
409626377 733552995463890 4415346414132748024 N
409637778 733553045463885 6328974059580450884 N
410247162 733552922130564 2441426280547978409 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2025.
  • Jumlah Pelawat 5724124