24 November 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Tunai dan Keperluan Makanan kepada Rumah Anak Yatim Baitul Aini dan Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih Abi di bawah Program MBI Prihatin petang tadi.
Ia turut dihadiri oleh Encik Kah Fee Yee@Thong, Ketua Pegawai Eksekutif PINCER MBI Studio Sdn. Bhd, Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Econsave Wilayah Utara, Datin Aziah Noraini binti Abdullah, Pengasas dan Pengerusi Rumah Anak Yatim Baitul Aini dan Encik Norizan bin Razali, Pengerusi Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih Abi.