Aktiviti & Berita

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA DATUK BANDAR IPOH

19 April 2024-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 anggota MBI B40 dan 20 anak yatim dari Pertubuhan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yassin sempena Majlis Jamuan Aidil Fitri Bersama Datuk Bandar Ipoh anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dan A2Z Charity Organisation dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sehati Ipoh, Perak di Green Green Restoran petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Encik Mr Jeff Lai, Pengasas Pertubuhan Kebajikan A2Z, Cik Florence Cheong, Presiden Pertubuhan Kebajikan Sejati Ipoh Perak, Encik Albert Ho, Penasihat The Enclave Residen, Master Koo Teck Wah, Pelukis, Tuan Sharudi Bin Muhammad Halil, Ketua Balai Bomba Meru, Encik Arison Ho, Ketua Pembangunan Produk, AAA Greencell Beauty & Healthcare, Encik Chong Chee Wai, Pengurus The China Press Berhad Negeri Perak dan Dato' Dr. Subramaniam, Pengasas Universiti Quest.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar merakamkan ucapan terima kasih kepada A2Z Charity Organisation dan Pertubuhan Kebajikan Sehati Ipoh, Perak yang telah bersama MBI dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat khususnya Program MBI Prihatin serta berharap lebih banyak lagi Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti A2Z Charity Organisation, Pertubuhan Kebajikan Sehati Ipoh, Perak serta syarikat korporat dalam menjalankan program yang memberi manfaat kepada wargakota Ipoh yang memerlukan.

Beliau turut memuji rakan media di Bandaraya Ipoh yang banyak membantu MBI pada setiap tahun dengan membuat liputan bagi menggalakkan lebih banyak lagi pasaraya, hotel dan Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk tampil menyumbang serta menaja program-program berfaedah demi kesejahteraan wargakota Ipoh yang kurang berkemampuan.

Semoga program seumpama ini akan membantu meringankan beban wargakota Ipoh serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

435721330 810472047771984 5135569672394633754 N
435786402 810472221105300 4698141809112310099 N
435922801 810471824438673 2266353627026666202 N
435945582 810472251105297 7232410468455262225 N
436253000 810471834438672 1834306376916934854 N
436255140 810471917771997 5288067612350463101 N
436255847 810472127771976 5525633054896992478 N
436257660 810472007771988 8291328824570238396 N
436257842 810471997771989 2777933987639103387 N
436301946 810471964438659 5768086964753780516 N
436305675 810472157771973 3728216395871925259 N
436419664 810471874438668 4070841334918417465 N
436441267 810472187771970 3802395176828816696 N
437732605 810471927771996 3462144404424505369 N
439217358 810471804438675 3308968247761752642 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025225