13 Disember 2023 - Hatyai City Municipality (HCM) telah menganjurkan Majlis Makan Malam bagi meraikan kedatangan delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diketuai oleh Setiausaha Bandaraya Ipoh, Tuan Ahmad Munir bin Ishak yang disertai oleh 23 pegawai dan anggota MBI.
Majlis Makan Malam yang diadakan di Centara Hotel, Hatyai tersebut telah dihadiri oleh Assoc. Prof. Dr. Wichai Kanchanasuwon, Timbalan Datuk Bandar Hatyai yang mewakili Datuk Bandar Hatyai dan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari HCM.