Aktiviti & Berita

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN RAKAN STRATEGIK EKONOMI KITARAN TERTA PAK (M) SDN. BHD.

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN RAKAN STRATEGIK EKONOMI KITARAN TERTA PAK (M) SDN. BHD.
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN RAKAN STRATEGIK EKONOMI KITARAN TERTA PAK (M) SDN. BHD.

DATUK BANDAR MERASMIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN RAKAN STRATEGIK EKONOMI KITARAN TERTA PAK (M) SDN. BHD.

25 Julai 2024- YBhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Majlis Bandaraya Ipoh dengan Rakan Strategik Ekonomi Kitaran Terta Pak (M) Sdn. Bhd. petang tadi.

‘Circular Economy’ (C.E) juga dikenali sebagai Ekonomi Kitaran yang bertujuan memberi penekanan dalam mengembalikan sumber ke dalam sistem alam sekitar dan ekonomi melalui penggunaan semula dan inisiatif pencegahan sisa.
VISI Majlis Bandaraya Ipoh adalah Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan Dan Bestari Sejahtera. Manakala MISI pula adalah Memperkasakan Pengurusan Bandar Secara Inklusif Ke Arah Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon Menjelang 2030.
Pihak Majlis telah menyasarkan tempoh 6 tahun sehingga 2030 bagi mencapai Misi Rendah Karbon 45% menjelang 2030 melalui perlaksanaan aktiviti ekonomi kitaran.

Aktivti Ekonomi kitaran telah mendapat suntikan baru setelah pihak majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan empat rakan strategik pemain industri melibatkan syarikat Edsha Solutions Sdn. Bhd., Biovisma Sdn Bhd, Tuck Soon Sdn. Bhd. dan Thowlee Recycle Sdn. Bhd pada 17 Mac 2023..

Melalui kerjasama ini, aktiviti ini telah mendapat sambutan yang amat baik. Sehingga Jun 2024 kutipan sisa elektrik dan elektronik (E-Waste) adalah sebanyak 312 Tan Metrik dengan pengurangan jejak karbon sebanyak 271.44 Tan Metrik CO2e.

Bagi kutipan minyak masak terpakai bagi tujuan biodiesel telah dilaksanakan dengan syarikat Biovisma Sdn. Bhd. jumlah kutipan minyak masak terpakai oleh syarikat ini adalah 341 Tan Metrik dengan pengurangan jejak karbon sebanyak 6.4 Tan Metrik CO2e.

Kutipan semula Tayar Terpakai bagi tujuan proses Pirolisis bagi menghasilkan produk sekunder iaitu karbon, besi dan bahan bakar telah dilaksanakan dengan rakan strategik Thowlee Recycle dan sehingga ini sebanyak 5242 Tan Metrik telah dikutip dengan pengurangan jejak karbon sebanyak 3145 Tan Metrik CO2e.

Jumlah kutipan barang kitar semula melalui aktiviti ekonomi kitaran sehingga jun 2024 adalah sebanyak 5895.2 tan metrik dengan pengurangan jejak karbon sebanyak 3423.1 tan metrik CO2e.

Pada hari ini kita mengembangkan lagi aktiviti ekonomi kitaran dengan menandatangani memorandum persefahaman antara Majlis Bandaraya Ipoh dengan Rakan strategik ekonomi kitaran Tetra Pak (M) Sdn. Bhd. bagi tujuan kitar semula kotak minuman. Pihak Tetra Pak (M) Sdn Bhd. Telah memulakan kerjasama bersama MBI pada 8 September 2023. Sebanyak 9 program melibatkan orang awam dan pelajar sekolah. Sebanyak 100 kg kotak minuman telah dikumpul untuk tujuan kitar semula.

Pihak Majlis telah merancang bersama rakan strategik untuk melaksanakan aktiviti kitar semula kotak minuman ini melibatkan ke semua 153 sekolah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara (PPD).

Sebagai permulaan sebanyak 40 sekolah rendah telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula kotak minuman Projek ‘CAREton’ supaya kutipan kotak minuman dapat ditingkatkan disamping menyemai kesedaran untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah dari awal bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Program dan aktiviti seumpama ini diharap dapat menjayakan VISI dan MISI seterusnya mencapai sasaran pengurangan Karbon sebanyak 45 % menjelang 2030.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat Terta Pak (M) Sdn. Bhd. kerana memberi kerjasama yang baik dan diharap kerjasama ini berterusan sepenuhnya sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera 2030.

IMG 20240725 WA0029
IMG 20240725 WA0030
IMG 20240725 WA0031
IMG 20240725 WA0032
IMG 20240725 WA0033
IMG 20240725 WA0034
IMG 20240725 WA0035
IMG 20240725 WA0036
IMG 20240725 WA0037
IMG 20240725 WA0038
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7024606