Aktiviti & Berita

MAJLIS MENANDATANGANI MOU BAGI CADANGAN PEMBINAAN ‘DINOSAUR PARK’ DI TAMAN REKREASI GUNUNG LANG, IPOH BERSAMA SYARIKAT PEBEC BERHAD

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS MENANDATANGANI MOU BAGI CADANGAN PEMBINAAN ‘DINOSAUR PARK’ DI TAMAN REKREASI GUNUNG LANG, IPOH BERSAMA SYARIKAT PEBEC BERHAD
4 Ogos 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menandatangani MOU Cadangan Pembinaan 'Dinosour Park' di Taman Rekreasi Gunung Lang dengan pihak Syarikat PEBEC Berhad, yang diwakili oleh Encik Norali bin Nordin, Pengerusi PEBEC Berhad.

Ia telah disaksikan oleh Y.Bhg. Dato' Ahmad Hariri bin Kamaruddin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan MBI dan Yang Mulia Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin bin Tunku Datuk Seri Adnan, Konsultan Principal PEBEC Berhad.

'Dinosour Park' yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 6 ekar ini merupakan yang pertama terletak dalam Eco Park yang berada dalam kawasan Geopark Lembah Kinta.

Buat masa ini, terdapat 6 'Dinosour Park' yang sedang beroperasi di Malaysia iaitu:
1. The TOP (KOMTAR) – Pulau Pinang,
2. Resort World – Genting,
3. Pusat Sains Negara – Kuala Lumpur
4. Zoo Teruntum – Kuantan
5. Zoo Melaka -Melaka,
6. Jurassic Land – Tuaran, Sabah.

Pembinaan ‘Dinosaur Park’ di Gunung Lang ini akan meliputi 2 fasa iaitu:
Fasa 1:
Pembinaan fasa 1 akan dimulakan sebaik sahaja kesemua pelan-pelan diluluskan dalam tempoh pembinaan antara 6 - 8 bulan.
Kawasan seluas lebih kurang 6 ekar tersebut akan meliputi:
i. 30 statik dan ‘animatronic’ ‘dinosaurs’,
ii. Learning Centre – seluas lebih kurang 2500 kp,
Ia boleh menampung sehingga 100 orang pelajar pada satu satu masa serta akan memberi maklumat dan pengetahuan berkenaan habitat, paleontology dan lain-lain tentang dinosaur.
iii. Kedai cenderamata.

Fasa 2:
Pembinaan fasa 2 akan dimulakan di dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pembukaan namun bergantung kepada sambutan.
Pembangunan Fasa 2 ini akan merangkumi:
i. Teater 3D/4D,
ii. Kawasan permainan air.

Semoga pembukaan taman ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Perak.

365421420 662055005947023 3721042908841124908 N
365421493 662055029280354 2535895914909474759 N
365429849 662054972613693 2017466093603741493 N
365447540 662055192613671 3756182223614295420 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7028531