4 Ogos 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menandatangani MOU Cadangan Pembinaan 'Dinosour Park' di Taman Rekreasi Gunung Lang dengan pihak Syarikat PEBEC Berhad, yang diwakili oleh Encik Norali bin Nordin, Pengerusi PEBEC Berhad.
Ia telah disaksikan oleh Y.Bhg. Dato' Ahmad Hariri bin Kamaruddin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan MBI dan Yang Mulia Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin bin Tunku Datuk Seri Adnan, Konsultan Principal PEBEC Berhad.
'Dinosour Park' yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 6 ekar ini merupakan yang pertama terletak dalam Eco Park yang berada dalam kawasan Geopark Lembah Kinta.
Buat masa ini, terdapat 6 'Dinosour Park' yang sedang beroperasi di Malaysia iaitu:
1. The TOP (KOMTAR) – Pulau Pinang,
2. Resort World – Genting,
3. Pusat Sains Negara – Kuala Lumpur
4. Zoo Teruntum – Kuantan
5. Zoo Melaka -Melaka,
6. Jurassic Land – Tuaran, Sabah.
Pembinaan ‘Dinosaur Park’ di Gunung Lang ini akan meliputi 2 fasa iaitu:
Pembinaan fasa 1 akan dimulakan sebaik sahaja kesemua pelan-pelan diluluskan dalam tempoh pembinaan antara 6 - 8 bulan.
Kawasan seluas lebih kurang 6 ekar tersebut akan meliputi:
i. 30 statik dan ‘animatronic’ ‘dinosaurs’,
ii. Learning Centre – seluas lebih kurang 2500 kp,
Ia boleh menampung sehingga 100 orang pelajar pada satu satu masa serta akan memberi maklumat dan pengetahuan berkenaan habitat, paleontology dan lain-lain tentang dinosaur.
Pembinaan fasa 2 akan dimulakan di dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pembukaan namun bergantung kepada sambutan.
Pembangunan Fasa 2 ini akan merangkumi:
ii. Kawasan permainan air.
Semoga pembukaan taman ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Perak.