7 November 2023 - Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Ipoh ke Majlis Meraikan Pelancaran Operasi Loji Tenaga Solar berkapasiti 1,910.77kWP yang dibangunkan oleh Shizen Malaysia Sdn Bhd serta ketibaan wakil Dewan Bandaraya Fukuoka, Jepun.
Ia turut dihadiri oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Dr-Ing. Uli Goltenbott, Ketua Pegawai Eksekutif, Shizen Malaysia Sdn Bhd, Mr. Nakamura Shintaro, Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Ekonomi dan Industri selaku wakil Dewan Bandaraya Fukuoka, Jepun, Tuan Zulkifle bin Jaafar Sidek, Pengarah Kanan-Perkhidmatan MBI dan Puan Normala Latiff, Pengarah Komuniti Bandaraya.