7 September 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menghadiri serta menyempurnakan Majlis Panyampaian Hadiah Program Battle of The Bands Peringkat Akhir malam tadi.
Ia turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Ishsam Haji Shahruddin, ADUN Ayer Kuning, Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Y.Bhg. Clr. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI, Ahli Majlis MBI, Pengarah Program KAMU 2024, Encik Mohamad Hamidi bin Baharuddin, Puan Nur Hanim binti Mohamed Khairuddin, Pengurus Besar PORT, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.