Aktiviti & Berita

MAJLIS PEMBUKAAN FORUM KE-9 TOURISM PROMOTION ORGANISATION FOR GLOBAL CITIES (TPO)

Majlis Bandaraya Ipoh telah menyertai Forum ke-9 Tourism Promotion Organisation for Global Cities (TPO) di Sanya, China.

Forum yang berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos 2024 bertempat di Sofitel Leeman Resort, Sanya, China disertai seramai 5 orang delegasi majlis yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak Setiausaha Bandaraya bersama Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Lee Tze Hoo, Ahli Majlis MBI, Ir. Ts. Haji Arif bin Mohd. Zainudin Pengarah Kerja & Bangunan dan Encik Muhammad Hafiz bin Muhyaddin, Ketua Penolong Pengarah Audit (Pemantauan & Susulan).

Majlis pembukaan forum ini dimulakan dengan tarian tradisional Hainan dan penerangan berkenaan Bandar Hainan sebagai bandaraya pelancongan yang terkemuka di China.

Program ini melibatkan forum yang bertemakan “Open Cooperation and Innovative Development for Sustainable Tourisum” melibatkan delegasi beberapa bandaraya yang menganggotai TPO untuk membentangkan pembangunan yang telah dijalankan bagi menambahbaik produk pelancongan yang mereka miliki.

IMG 20240829 WA0130
IMG 20240829 WA0131
IMG 20240829 WA0132
IMG 20240829 WA0133
IMG 20240829 WA0134
IMG 20240829 WA0135
IMG 20240829 WA0136
IMG 20240829 WA0137
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7023911