20 Julai 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan pembukaan projek 129 unit kilang berkembar setengah tingkat malam tadi.
Projek kilang berkembar setengah tingkat
yang dibangunkan oleh Lex World Sdn Bhd ini diharap akan dapat menyumbang khususnya pembangunan di kawasan Menglembu dan Lahat memandangkan ia terletak di lokasi yang strategik.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa menyokong dan membantu pembangunan projek sebegini untuk memastikan kemampanan dan kemajuan teknologi baru.
Saya amat kagum dengan pihak Lex World kerana telah menambah Sistem Solar, perkhidmatan 24 jam dan juga titik pengecasan EV untuk mewujudkan kemampanan tenaga baru dan mesra alam.
Dengan berkeluasan 17 ekar, 129 unit kilang berkembar setengah tingkat ini diyakini mampu membawa kemajuan dan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Ia secara tidak langsung juga, akan dapat menarik generasi muda untuk bekerja serta menyumbang demi kemajuan ekonomi di Bandaraya Ipoh.