23 Julai 2024 - Y.Bhg. Dato Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Anak Angkat menerusi Program Pertukaran Pelajar Bandaraya Persahabatan Ipoh-Medan Indonesia petang tadi.
Program yang berlangsung di Dewan Azlan Shah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), itu turut dihadiri Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Lawrence a/l Palanisamy, Tuan Haji Fakrul Nizam bin Pakhruddin, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Drs.Lilik, M, Ap, Kepala Bahagian Kerjasama Pemerintah Kota Medan Indonesia.
Menerusi program itu, seramai 13 orang anak angkat telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing dan mereka akan tinggal bersama keluarga angkat bermula hari ini sehingga 29 Jun 2024.
Kali terakhir Program Pertukaran Pelajar Bandaraya Persahabatan Ipoh-Medan Indonesia ini diadakan adalah pada tahun 2015.
Penganjuran program ini adalah hasil kesinambungan MBI yang telah menjalinkan hubungan bandar raya persahabatan dengan Kota Medan sejak 28 Ogos 2009.
Pengwujudan hubungan bandar raya persahabatan ini dibuat berdasarkan kesaksamaan dan kepentingan bersama dengan tujuan untuk memperkukuhkan dan mewujudkan perkongsian serta kerjasama antara dua bandar raya bagi mempromosikan kesefahaman dan persahabatan antara rakyat Malaysia dan Indonesia.
Hubungan antara bandar raya Ipoh dan Medan ini diharap akan terus terpelihara, selain dapat memperkukuhkan lagi hubugan kerjasama dalam bidang, ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi, kebudayaan, sukan, kesihatan pendidikan dan sebagainya.