23 Januari 2025 - Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) telah mengadakan Majlis Sambutan Israk & Mikraj 1446H/2025M Peringkat MBI di Bilik Gerakan MBI pagi tadi.
Ia diadakan bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam.
Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Tuan Haji Azmy bin Mohamed Nazir, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI, Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, A.F Ustaz Haji Asyraf bin Ismail, Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh selaku Penceramah Jemputan, Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.
Semoga umat Islam khususnya warga MBI dapat mengambil iktibar dari kisah Israk dan Mikraj untuk mempertingkat dakwah demi kemajuan Islam di Bandaraya Ipoh.