Aktiviti & Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/2023M PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH

27 Julai 2023 - Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M Peringkat MBI anjuran Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) dan Unit Latihan MBI telah diadakan pagi tadi bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam.

Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Shamsul Effendy bin Abd Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI, Encik Ahmad Marzuki b. Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP, Ustaz Syamsul Debat selaku Penceramah Jemputan, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.

Dalam ucapannya, Clr. Dato' Mazlan menjelaskan bahawa melalui tema Sambutan Maal Hijrah 2023 “Perpaduan Teras Malaysia Madani”, MBI sebagai Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat. Oleh itu, MBI perlu merancang dan melaksanakan program ke arah perpaduan untuk menyatupadukan masyarakat, tidak mengira bangsa dan agama, lebih-lebih lagi mereka yang hidup dalam kesusahan. Maka dalam menyantuni kepelbagaian masyarakat hari ini, perlu difahami kekuatan dan kelemahan masing-masing dan menyantuni mereka dengan jiwa muafakat dan toleransi yang tinggi. Setiap manusia berhak untuk disantuni walaupun berbeza fahaman dan pegangan. Kesejahteraan negara menuntut keikhlasan dan komitmen kita memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman terus segar. Bahkan ia dibina di atas landasan kesederhanaan, kesantunan dan kesatuan dengan satu matlamat ke arah kemajuan dan pembangunan seimbang.

Menurut beliau lagi, kita tidak harus berbangga dan selesa dengan apa yang dilakukan kerana semua pihak ada tanggungjawab untuk dilaksanakan, antara tanggungjawab tersebut ialah membangunkan umat Islam untuk maju dan berjaya. Kunci utamanya ialah dengan melaksanakan kehidupan menurut Al-Quran dan Sunnah sepertimana yang telah dipimpin oleh Rasulullah S.A.W.
MBI melalui Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI akan terus memartabatkan syiar Islam melalui pelbagai program keagamaan yang akan terus diperkasakan.

Semoga umat Islam khususnya warga MBI akan sentiasa mengambil iktibar pengertian hijrah yang membawa makna yang sangat besar dalam kehidupan kita serta peristiwa hijrah yang menjadi titik tolak kepada transformasi umat manusia.

362647022 657780059707851 6566102481210948453 N
363301120 657780316374492 9123962440004451712 N
363318007 657779389707918 7443755911580864289 N
363760588 657779896374534 7920705600606910312 N
363775663 657779659707891 5209406737738433170 N
363781074 657779699707887 167148323924560360 N
363796771 657780159707841 9116455707268368907 N
363798291 657779996374524 6688039425350574721 N
363799788 657779486374575 316415586302870702 N
363799950 657779849707872 505799739261896197 N
363800319 657779763041214 4540489883946303142 N
363802079 657779766374547 5025389601798633193 N
363805102 657779599707897 9108739792595595595 N
363805296 657779513041239 812428535398915326 N
363816963 657779703041220 344871827771443628 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5687695