Aktiviti & Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H/2024M PERINGKAT MBI

13 September 2024 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat MBI anjuran Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI telah diadakan pagi tadi bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam.

Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Haji Azmy bin Mohamed Nazir Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI,
Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, AF Ustaz Dr. Haji Mohd Zaini bin Shafiai, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak selaku Penceramah Jemputan, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.

MBI melalui Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI akan terus memartabatkan syiar Islam melalui pelbagai program keagamaan yang akan terus diperkasakan.

Semoga Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat MBI ini akan memperkukuhkan keimanan dan memperingati jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW serta membawa keberkatan dan kebaikan kepada warga MBI dan Bandaraya Ipoh.

459010915 903363378482850 7708957187364636825 N
459058868 903363521816169 2550577190303638731 N
459128984 903363335149521 8630625608143180000 N
459166192 903363411816180 4963428295638530914 N
459355182 903362998482888 2242606367067923282 N
459361540 903363441816177 1125637184953431556 N
459392166 903363265149528 1854183883716937235 N
459431215 903363165149538 344486006140890683 N
459492593 903363211816200 1671976647495051858 N
459600251 903363498482838 3838573791190628716 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7023720