Aktiviti & Berita

MAJLIS TAKLIMAT KEPADA PELESEN-PELESEN BAZAR RAMADAN DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MBI TAHUN 2024M/1445H

5 Mac 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan Majlis Taklimat kepada Pelesen-pelesen Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI Tahun 2024M/1445H. Perasmian Majlis disempurnakan oleh Y.Bhg. Clr. Datuk Mazlan bin Abd Rahman, Ketua Whip Ahli Majlis MBI. Majlis turut dihadiri Y.Bhg. Clr. En. Mohamed Helmi bin Mohamed Fuzi.

Taklimat disampaikan oleh Dr. Pathma Sree Rama Reddy dan Pn. Chang Siew Yee dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Ustaz Mohd Albar bin Mhd Hassan dari Bahagian Halal, Jabatan Agama Islam Perak, En. M. Raman a/l Maran dari Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI, En Aswad bin Abd Rashid wakil dari syarikat Biovisma Sdn. Bhd. rakan strategik ekonomi kitaran MBI dan wakil dari Maybank Perak. Klinik Jannah Meru juga turut hadir membuka booth promosi bagi mana-mana peniaga yang hendak mendapatkan suntikan anti-typhoid pada harga istimewa. Seramai 700 pelesen bazar ramadan menghadiri taklimat ini.

Program ini adalah komitmen dan usaha MBI dalam memberi penerangan dan kesedaran supaya makanan yang sedia dan dipamer untuk jualan oleh peniaga-peniaga Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI adalah bersih, selamat, penyediaan makanan yang halal dan berkualiti untuk dimakan. Semoga melalui taklimat yang disampaikan risiko keracunan makanan di Bazar-Bazar Ramadan dapat dielakkan.

Konsep Bazar Ramadan MBI Mesra Alam melalui aktiviti kitaran ekonomi juga akan dijalankan iaitu galakkan penggunaan bungkusan makanan jenis biodegradable dan membawa bekas makanan sendiri oleh pengunjung bazar, Kutipan Minyak Masak Terpakai untuk dijadikan 'bio-fuel' dilaksanakan oleh rakan strategik MBI iaitu Biovisma Sdn. Bhd., Menggalakkan penggunaan bayaran tanpa tunai/e-wallet dalam urusan jual beli dengan usahasama Maybank dan program MySafeFood@Ramadan2024 iaitu agihan lebihan makanan yang tidak terjual akan dikumpul oleh Pemuda Gema Perak dan akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Semoga aktiviti seumpama ini akan terus merancakkan sasaran Bandar Rendah Karbon dan seterusnya mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera 2030.

430899584 784281720391017 4791368911115837472 N
430899917 784281740391015 8026119942323715171 N
431009264 784281663724356 4606098898420764848 N
431024867 784281683724354 5566200550093946550 N
431317447 784281587057697 2327336586765157099 N 2
431336007 784281630391026 7763422935232028669 N
431428254 784281783724344 5096081120595257595 N
431624688 784281710391018 3625586971619264353 N
431644257 784281677057688 5769277677733821214 N
431688138 784281637057692 5943870408640663505 N
431758168 784281750391014 1974268291370388002 N
430895420 784281597057696 8322244069332588818 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025645