15 Februari 2025- 35 orang anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyertai Kursus Pra Perkahwinan Peringkat MBI.
Program inisiatif Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam MBI itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Ipoh (PERKIP) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
Kursus yang berlangsung selama dua hari itu telah dirasmikan oleh Clr. Azmy bin Mohamed Nazir, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam MBI.
Hadir sama pada program berkenaan Encik Ahmad Marzuki Bin Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP MBI.
Progaram seumpama ini diharap dapat merapatkan ukhuwah sesama anggota MBI, selain dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai hubungan dalam rumah tangga, permasalahan, cara penyelesaian dan pelbagai lagi berkaitan
rumah tangga yang perlu difahamkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang sebenar.