Aktiviti & Berita

MBI JADI PBT PERTAMA PERLUAS RANGKAIAN KOMUNIKASI DAN PROMOSI MELALUI SALURAN RADIO KE PERINGKAT ANTARABANGSA

9 Januari 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar sejarah apabila menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama memperluas rangkaian komunikasi dan promosi dalam siaran radio ke peringkat antarabangsa.

Ia apabila satu Memorandum Persefahaman (MOU), antara Radiotv Bandar Raya Ipoh (RTBI) dan Radio Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) 91.6 Fm, telah dimeterai petang tadi.

Menurut YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, inisiatif ini sebagai salah satu strategik bagi memantapkan lagi peranan saluran radio RTBI dan UMSU Fm 91.6.

Selain itu juga kerjasama ini merupakan kesinambungan status bandar persahabatan antara bandar raya Ipoh dan Kota Medan sejak 2009.

Majlis menandatangani MOU ini telah disempurnakan oleh Rektor UMSU Profesor Dr Agussani, M.AP, Mewakili UMSU dan Dato’ Rumaizi mewakili MBI dan RTBI pada majlis yang diadakan sempena Lawatan Kerja MBI di Medan Indonesia.

Hadir sama pada program berkenaan, Tuan Shahril Nizam Abdul Malek, Konsul Jeneral Malaysia di Medan.

Terdahulu Datuk Bandar Ipoh, turut dijemput pada sesi temubual di Konti Radio UMSU FM 91.6, bersama wakli Rektor 3 UMSU iaitu Assoc Profesor Dr Rudianto S.SOS. M.SI.

Semoga MOU ini akan meningkatkan lagi hubungan MBI dan UMSU demi kemajuan bandar raya Ipoh dan Kota Medan.

widgetkit id="497"]

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022504