31 Ogos 2023- Kontinjen MBI diumumkan Johan Kawad & Pakaian
Terbaik Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tengahari tadi.
Penampilan dengan pakaian berkonsepkan satria atau pahlawan yang segak mengenakan samping dan tanjak yang melambangkan unsur-unsur budaya tradisi melayu dari zaman dahulu hingga kini, dalam era Malaysia Madani serta mengenengah warna-warna berani dan gagah perkasa. Warna yang terdapat pada Jalur Gemilang diaplikasikan dalam menampilkan pakaian Pasukan Kawad Majlis Bandaraya Ipoh pada penampilan kali ini, memperlihatkan Kesejahteraan dalam slogan Malaysia Madani, ternyata memikat para juri.
Busana ini hasil rekaan Pn. Faridah bt. Abdul Aziz dari Jabatan Perancangan Korporat MBI.
Kontinjen MBI ini yang terdiri daripada 55 pegawai dan petugas daripada pelbagai jabatan itu telah memulakan latihan sejak 1 Ogos 2023
Kejayaan merangkul kemenangan itu merupakan antara pencapaian
terbaik MBI dalam perarakan dan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak.
Ia juga adalah hasil bimbingan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.
Kemenangan itu telah menyaksikan kontinjen MBI membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (kawad
terbaik) dan RM5000 (pakaian
terbaik) serta sijil yang disampaikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.